-----------------------------------------------------------------
4 Asas Teknik EJEN KACAK - Pelaburan Hartanah
----------------------------------------------------------------
4 Asas Teknik EJEN KACAK - Pelaburan Hartanah
----------------------------------------------------------------
![]() |
| Viewing Apartment Sri puteri |
1. Ketepikan dahulu emosi dan nafsu rakus anda dalam membeli rumah secara mengkhinzir buta.
2. Jadilah seorang pelabur yang analitik, realistik dan berfikiran seperti ahli perniagaan.
3. Matlamat utama anda adalah membeli hartanah untuk disewakan kepada penyewa dan hartanah tersebut bakal memberikan pulangan kepada anda.
[+] Kenali Pasaran
1. Sebelum membeli atau melabur pada sesuatu unit hartanah lakukan banyak kajian supaya diri anda biasa dengan kawasan tersebut.
2. Juga kaji trend yang mempengaruhi jenis hartanah yang ada di dalam fikiran anda dan jenis penyewa macam manakah yang bakal jadi prospek penyewa anda nanti.
[+] Lokasi , Lokasi, Lokasi !
1. Kawasan luar bandar berpotensi untuk menawarkan keuntungan modal, tetapi kadar sewa disana berkemungkinan tidak mampu untuk menampung kos installment bulanan pinjaman rumah anda. Tetapi ada teknik yang dapat mengatasi masalah ini ye tak Dr Azizul Azli Ahmad.
2. Walau bagaimanapun , di kawasan yang mempunyai pelajar universiti atau golongan penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana, nisbah kadar sewa kepada bayaran bulanan pinjaman rumah anda boleh menjadi lebih lebih tinggi ( inilah yang dinamakan positive cashflow )
[+] Berfikir Seperti Penyewa
Apakah harapan mereka? Apa yang mereka cari? Rumah bagaimana yang mereka mahu menyewa? Kawasan mana ? Berikut adalah beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh anda jika ingin membeli rumah untuk disewakan atau dilaburkan :
a) Akses kepada pengangkutan awam.
b) Lokasi berdekatan dengan sekolah, taman , kemudahan sukan dan pusat-pusat membeli-belah dll.
c) Berdekatan dengan restoran, kedai makan, bank dll.
MB
Qudoss Realty
0122716721

0 comments:
Post a Comment